Monday, 13 July 2015

Hakikat Kebenaran


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat (sanjungan)  Allah atas Muhammad dan keluarga baginda, para Imam dan Mahdi- Mahdi dan Salam penuh pengiktirafan sebanyak-banyaknya.

Saudara  dan Saudari sekelian,


Saya seorang Islam sejak lahir. Orang Islam di Malaysia kebanyakannya mengamalkan ajaran Islam Sunni. Dari kecil manalah kita tahu ada macam-macam aliran pemikiran mazhab untuk mengamalkan ajaran Islam. Bila kita belajar mata pelajaran agama Islam bab akidah di Sekolah Menengah baru kita mula mengenal istilah Muktazilah, Jabbariyah, Qadariyah dan Syi’ah. Kita baru terdedah dengan sejarah Islam.

Orang Islam di Malaysia kebanyakannya berpolitik, saya anak orang PAS (Parti Islam SeMalaysia). Kemudian baru mula mendengar ceramah dan kuliah. Mula berusrah belajar mentafsir Al-Quran, Hadits dan Sirah. Kemudian mula mengenal pergerakan Islam sedunia. Skop pandangan agama kita mula membesar dan tidak jumud lagi.

Bapa saya seorang sufi. Untuk lebih mendekatkan diri dan mengenal (makrifah) kepada Allah kami mula berjinak-jinak dengan tasauf kesufian. Tauhid dan ilmu ketuhanan juga menjadi minat yang mendalam. Buku-buku dan kitab-kitab Ilmu Tasauf kerap menjadi bacaan. Di samping itu di zaman remaja lagi telah mendengar akan khabar akan muncul di akhir zaman seorang penyelamat iaitu Imam Al-Mahdi yaang dijanjikan.

Orang-orang Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran Islamnya melalui berbagai pergerakan yang wujud (sama ada diharamkan atau dibenarkan) dan kita pernah mendengar pergerakan tersebut:

1.   Kuliah-kuliah Tok guru setempat
2.   Mengikut pergerakan politik PAS dan perjuangannya.
3.   Pergerakan dakwah contohnya
a.   ABIM
b.   Darul Arqam
c.   Jami’atut Tabligh
d.   Iktibar sunnah
e.   Ahmadiyah
f.     Taslim
g.   Qadiani
h.   Muhammadiyah (Salafi – Wahabi)
4.   Tarekat kesufian – ada terlalu banyak kumpulan tarekat yang ada di Malaysia yang kebanyakannya di amalkan secara sendiri-sendiri (rahsia)
5.   Kemudian sejak kemenangan Revolusi Islam Iran dan Negara Republik Islam (Iran) ditubuhkan dan dakwah Islam Mazhab Syi’ah secara langsung dan tak langsung mula berkembang di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang bertukar mazhab atau sekurang-kurangnya mengenal ajaran Mazhab Syi’ah. Sehinggalah ia mula diharamkan di beberapa Negeri di Malaysia.

Tidak kira siapa kita, orang-orang Islam di Malaysia kebanyakannya kurang pengetahuan agama; selain golongan yang berpendidikan agama tak kira apa mazhab mereka dan apa amalan pergerakan yang disebutkan di atas adalah para pengikut (yang bertaklid) tanpa banyak soal.

Ada banyak perselisihan di antara pengamal-pengamal agama Islam yang saya sebutkan di atas, antaranya:

1.   Perselisihan antara pengamal tarekat kesufian dengan yang tidak mengamalkannya. Perselisihan ini tidak berapa ketara di Malaysia.
2.   Perselisihan antara pengamal politik kepartaian – tentang mengamalkan Islam atau sekular atau dalam erti kata lain mengikut ajaran agama yang difahami oleh pegangan politik Islam semasa atau parti politik ala barat tetapi masih secara demokrasi ala barat.
3.   Perselisihan antara pengamal Ahli Sunnah Wal Jamaah (majoriti umat Islam Malasyia) dengan pengamal Ahli Sunnah Wal Jamaah Salafi – Wahabi serpihan dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4.   Perselisihan antara pengamal Ahli Sunnah Wal Jamaah (majoriti umat Islam Malasyia) dengan pengamal mazhab Syi’ah (minoriti)
5.   Perselisihan antara pengamal Salafi – Wahabi serpihan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (minoriti) dengan pengamal mazhab Syi’ah (minoriti)

Dari perselisihan-perselisihan ini bagi pencari kebenaran ia sentiasa berusaha dan tidak akan berhenti mencari kebenaran.

Sejak di bangku sekolah menengah lagi ada pertanyaan yang bermain di fikiran:

1.   Mengapa berlaku peperangan Jamal antara Saidina Ali dan Ummahatul Mukminin Saidatina Aisyah.
2.   Mengapa berlaku peperangan Siffin antara Saidina Ali dan Muawiyah bin Abi Sufian
3.   Mengapa berlaku peperangan Nahrawan di antara khalifah Ali bin Abi Thalib melawan kaum Khawarij,

Setelah menerima dakwah syi’ah melalui pembacaan dan perdebatan langsung walaupun saya tidak menukar mazhab menjadi syiah, saya mula memahami beberapa istilah seperti:

1.   Ahli Bait Rasulullah dan Aali Muhammad
2.   Ahlul Kisaa’ (Ahli di bawah jubah)
3.   Mawaddah Qurba
4.   Khairul Bariah
5.   Manzilah Ali pada Rasulullah
6.   Ayat Tabligh
7.   Tsaqalain (dua perkara berat)
8.   Itrah Rasulullah
9.   Sahabat bukan semua udul (jamak bagi adil)
10.                  Sahabat yang munafik
11.                  Al-Haudh (Telaga)
12.                  Wali dan maula
13.                  12 Imam-imam Ahli Bait Rasulullah
14.                  Dan banyak lagi

Kesemuanya berdasarkan rujukan Al-Quran, hadits dan tafsir Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya seolah-olah menjadi Muslim yang mempunyai dua mazhab. Ada orang kata SuSyi (gabungan sunni – syi’ei). Fiqh saya masih Sunnah cuma masalah Khilafah (pengganti Rasulullah) adalah hak Ahli Bait Rasulullah dan Aali Muhammad.

Tetapi masih ada banyak persoalan yang masih tersimpul dan menjadi pertanyaan sehinggalah saya menerima seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Khalifah Allah Al-Mahdi: Antara persoalannya adalah:

1.   Benarkah anak-anak Adam (as) berbunuhan kerana berebut isteri?
2.   Apakah rahsia Alastu bi Rabbikum?
3.   Perintah Sujud Malaikat dan Iblis pada Adam?
4.   Adam (as) dan pohon terlarang.
5.   Apakah rahsia Musa di Pertemuan dua Laut
6.   Apakah rahsia Yunus di telan ikan Nun
7.   Makna dari Ayat-ayat Mutasyabihaat Al-Quran
8.   Hakikat Makrifatullah:
a.   Apa itu Hakikat Makrifatullah
b.   Apa itu Tauhid Uluhiyah
c.   Apa itu Tauhid Rububiyah
9.   Mengenal Alam
a.   Lahut
b.   Jabarut
c.   Nasut
d.   Malakut
e.   ‘Arasy
f.     Kursiy
g.   Akhirah
10.                  Apakah Nur Muhammad
11.                  Nur Allah (Ayat Allahu Nur us-Samaawaati wal Ardh...)
12.                  Bolehkah Allah dilihat di akhirat
13.                  Bagaimana tidak membezakan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasul yang lain (Ayat Aman ar-Rasul.....)
14.                  Mengapakah umat Islam berpecah.
15.                  Siapa dajjal sebenar
16.                  Siapa Al-Mahdi setelah terlalu banyak yang mengaku Al-Mahdi
17.                  ... dan ada banyak lagi

Alhamdu Lillah dan dengan izin Allah ia terjawab bila saya menyahut seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Khalifah Allah Al-Mahdi: